Mesyuarat Guru dan Persediaan Buka Sekolah Sesi 2013
- Details
- Category: Pengurusan Sekolah
- Administrator
- Created on Tuesday, 16 October 2012 12:46
- Tuesday, 16 October 2012 12:46
- Hits: 4870

PADA KETIKA INI kita berada dalam minggu-minggu terakhir persekolahan. Sehubungan itu semua guru diharapkan dapat memanfatkan masa yang berbaki ini dengan membuat persediaan yang sewajarnya dalam memastikan perkara yang sepatutnya diselesaikan telah dapat disempurnakan. Pihak sekolah seperti lazimnya akan mengedarkan senarai semak tugas akhir tahun mulai 22 Oktober 2012.
Berbeza dengan tahun lalu penyerahan borang senarai semak akhir tahun perlu dilakukan lebih awal iaitu pada Jumaat, 5 November 2012 dan bukannya pada hari terakhir sesi persekolahan. Guru-guru yang terlibat dalam pengawasan SPM diberi pelepasan untuk menghantar pada atau sebelum Jumaat, 9 November 2012. Borang Senarai Semak Akhir Tahun 2013 mempunyai nombor siri dan kod pentadbir yang ditugaskan membuat pengesahan.
Oleh itu semua guru perlu menyerahkan borang tersebut kepada pihak pentadbir iaitu penolong kanan dan guru kanan yang telah ditetapkan bagi tujuan semakan dan pengesahan. Perkara-perkara berikut perlu berada dalam makluman dan tindakan semua guru;
1. Pastikan Senarai Semak Akhir Tahun yang akan diedarkan pada Isnin, 22 Oktober 2012 dapat dikembalikan di pejabat pada atau sebelum Jumaat 5 November 2012.
2. Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2012 bagi tingkatan Peralihan, Satu, Dua dan Empat perlu disediakan dengan lengkap. Tarikh serahan kepada murid akan dimaklumkan kemudian.
3. Memastikan Draf Pelan Taktikal dan Operasi 2012 telah diserahkan kepada penyelaras (Pentadbiran dan Kurikulum-Pn Normaisarah Talib, Kokurikukulum - En. Mohd Tahir, Unit HEM - En Masa'ud).
4. Sila ambil maklum tarikh-tarikh berikut;
4.1Â Â Â Semua Guru Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran akan bertugas pada ketetapan berikut;
      i) Minggu Pertama Cuti Sekolah (12-16 November 2012)
      ii) Minggu Akhir Cuti Sekolah (24-28Disember 2012)
4.2Â Â Mesyuarat Pengurusan dan Pentadbiran
      Tarikh : 21 Disember 2012 (Jumaat)
      Masa : 8.00 pagi - 12.00 tgh.
      Tempat : Bilik Mesyuarat
4.3Â Â Â Mesyuarat Guru Sesi Persekolahan 2012
      Tarikh : 27, 28 dan 31 Disember 2012 (Khamis, Jumaat dan Isnin)
      Masa : 8.00 pagi ~ 2.00 petang
      Tempat : Bilik Mesyuarat
4.4Â Â Pendaftaran Murid Tingkatan 1
      Tarikh : 28Disember 2011 (Jumaat)
      Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
      Tempat : Kantin dan Bilik Kelas
4.5 Â Pendaftaran Tingkatan 4
      Tarikh : 1 Januari 2012 (Selasa)
      Masa : 8.00 pagi - 12.00 tgh
4.6Â Â Hari Pertama Persekolahan
      Tarikh : 2 Januari 2012 (Rabu)
Catatan;Â Â Â Â Â Â Â Â Â
1. HSP perlu dikemas kini dan disiapkan sebelum sesi persekolahan bermula
2. Jadual waktu guru akan mula diedarkan 24 Disember 2012
3. Buku Persediaan Mengajar perlu dihantar seperti biasa iaitu Jumaat (4Januari 2012)
4. P & P perlu dijalankan pada hari pertama persekolahan bagi semua tingkatan melainkan kelas peralihan dan tingkatan 1.
4.7 Sila pastikan bilik guru dalam keadaan yang bersih, tiada buku kerja/ latihan murid, nota dan lembaran kerja dan sebagainya.
Makluman-makluman lain akan diberitahu dari semasa ke semasa. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah menunjukkan dedikasi dan kerjasama yang tinggi sepanjang tahun 2012 ini.Â
Â
Menu Utama
Pengurusan Kurikulum
Pautan Pilihan
e-Aplikasi
Online
We have 29 guests and no members online












