Dasar Pendidikan


DASAR PENDIDIKAN NEGARA

 

Pendahuluan

 

Pada umumnya dasar pendidikan negara digubal pada peringkat pusat oleh Kabinet, Kerajaan dan Kementerian Pendidikan melalui sistem Jawatankuasa. Tujuannya ialah membentuk satu sistem pendidikan yang seragam menyeluruh dan diterima pakai seluruh negara.

 

Pengubalan  ini satu usaha yang rumit. Ia harus dilakukan dengan teliti, dibuat kajian dan dilihat pelbagai sudut. Sesuatu dasar yang digubal itu dijadikan satu kod etika atau amalan dalam pendidikan supaya ia tidak berlaku penyelewengan. Dasar pendidikan merupakan satu sistem rangkaian maklumat atau media yang menjelmakan idealisme, falsafah, matlamat dan objektif pendidikan negara. Ini bermaksud meliputi ruang lingkup pelbagai aspek dan elemen dalam masyarakat iaitu sosial,politik, adat resam, agama, hak, ketatasusilaan, kewarganegaraan, bahasa dan sebagainya. Ia juga mengambil kira kepelbagaian atau variasi budaya, etnik dan kedudukan geografi. Usaha ini menjurus kepada matlamat mencapai integrasi nasional.

 

Selain daripada itu dasar pendidikan yang digubal memberi tumpuan berbagai aspek dan komponen dalam sistem pendidikan termasuk perkara pendidikan formal, jenis pendidikan, kurikulum, pentadbiran, penyertaan dan agihan insfrastuktur. Dasar itu diberi perhatian untuk memastikan pengukuhan prinsip demokrasi, kesamarataan dan kesejagatan dalam pendidikan.

Selepas merdeka kerajaan yang memerintah telah menyusun semula  sistem pendidikan . dasar-dasar pendidikan yang  ada diperkukuhkan dalam perlembagaan dan undang-undang . Dasar yang digubal diperakukan oleh undang-undang supaya ia lebih telus dan mengelakkan salah faham  serta hak dan keistimewaan golongan masyarakat yang lain.

 

Latar Belakang

 

Golongan yang dipertanggungjawabkan mengubal dasar ialah golongan yang diberi kuasa oleh kerajaan. Golongan yang dimaksudkan ialah pemimpin , pemerintah atau pentadbir. Tujuan dasar itu digubal bagi melindungi hak, status, prestij dan faedah bagi seluruh organisasi atau masyarakat. Dalam membentuk dasar tersebut ada unsur tekanan dan desakan agar dasar itu  menjadi amalan dan menjamin kejayaan perlaksanaannya. Sesetengah dasar kerajaan dinyatakan secara formal dalam dokumen-dokumen urusan pentadbiran. Sebagaimana kita ketahui dasar pemerintah negara dapat dilihat pada undang-undang dan perlembagaan yang telah didaulatkan.

 

Dilihat aspek pendidikan sesetengah negara di dunia pengubalan dasar pendidikan mengambil kira berbagai-bagai aspek kehidupan masyarakat. Sama ada pendidikan formal atau tidak formal  dianggap agen yang dipertanggungjawabkan untuk proses sosialisasi dan pembudayaan ahli-ahli masyarakat khususnya generasi yang akan datang. Perubahan dasar ini tidak pula melangsungkan perubahan seluruh sistem pendidikan ia hanya berbentuk pengukuhan atau pemantapan kepada dasar-dasar yang sedia wujud.

 

Elemen yang mempengaruhi unsur dasar pendidikan ialah masyarakat. Masyarakat  sebagai  penentu kepada sistem pendidikan kerana ia bersangkutan ideologi negara iaitu sama ada ideologi demokrasi sosiolis, kapitalis, totalitarian, autorian, marxis, komunis dan Islam. Selain daripada itu yang dilihat dari aspek  orientasi sosial ,orientasi ekonomi, orientasi politik, orientasi pembangunan, fahaman agama kepelbagaian kaum, teknologi dan pengaruh perkembangan antarabangsa.

 

Oleh demikian pengubalan dasar dan keputusan mengenai urusan pendidikan negara ini dilakukan pada peringkat pusat tertinggi iaitu Kementerian Pendidikan melalui Sistem Jawatankuasa yang dianggotai oleh tujuh buah jawatankuasa. Jawatankuasa ialah Jawatan kuasa Perancangan Pendidikan ahli-ahli anggotanya ialah Menteri Pendidikan ( Pengerusi ) Timbalan-Timbalan Menteri Pendidikan, Ketua pengarah dan dua oarang timbalannya, Ketua Setiausaha dan dua orang timbalannya, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelididikan ialah Jawatankuasa Kurikulum, Jawatankuasa Bahagian Pendidikan Tinggi, Jawatankuasa Pembangunan, Jawatankuasa Buku Teks, Jawatankuasa Kewangan dan Jawatankuasa Biasiswa dan Latihan.

 

Dasar-dasar baru yang ingin dilaksanakan diumumkan secara langsung oleh Menteri Pendidikan atau melalui pekeliling-pekeliling rasmi ke Bahagian-Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri dan Sekolah-Sekolah.

 

Pengertian Dasar

 

Dari sudut bahasa dan  dalam bidang sains sosial dasar sama ertinya dengan asas, iaitu ketetapan yang menjadi pegangan dan tongak tindakan dan urusan. Perkataan Bahasa Inggeris dasar ertinya 'policy'. Dari segi estimologinya, policy berasal dari perkataan Greek iaitu 'polis' yang bermakna ‘city-state'. Dalam bahasa Latin bermaksud 'politia' yang merujuk kepada negara. Manakala perkataan 'policie' digunakan dalam Middle English ia membawa maksud merujuk kepada pengendalian urusan awam atau pentadbiran kerajaan.

 

 

Proklamasi Dasar Pendidikan  Kebangsaan

 

Bahawasanya dasar  pelajaran seperti yang distiharkan dalam Ordinan  Pelajaran 1957 ialah  untuk menubuhkan satu sistem pelajaran yang akan dapat memenuhi keperluan satu sistem pelajaran yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan mengalakkan perkembangan kebudayaan, sosial , ekonomi dan politik.

 

“ Bahawasanya adalah difikirkan perlu bahawa setakat yang sejajar dengan itu, dengan mengadakan pengajaran yang  cekap dan dengan mengelakkan perbelanjaan awam yang tidak berpatutan, perhatian hendaklah diberi kepada prinsip am bahawa murid-murid hendaklah dididik mengikut kemahuan ibubapa mereka. Dan bahawasanya  peruntukkan selanjutnya adalah dikehendakki untuk menentukan agar dasar tersebut dilaksanakan secara berkesan, termasuk khususnya, peruntukkan bagi perkembangan yang progressif bagi suatu sistem pelajaran dalam mana Bahasa Kebangsaan adalah menjadi bahasa pengantar utama.”

 

Proklamasi dasar Pendidikan Kebangsaan memperlihatkan penekanan kepada satu bentuk sistem pendidikan uang mengutamakan Bahasa Kebangsaan sebagai alat komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran bagi semua peringkat pendidikan. Ini tertaluk dibawah bidang kuasa kerajaan . Justeru itu perlaksanaan  dasar yang seragam dimana kurikulum sekolah yang sama , peraturan jadual waktu yang sama, bahasa pengantar yang sama, sistem peperiksaan yang sama, bahasa dalam sistem pepriksaan yang sama , peraturan disiplin yang sama dan peraturan sekolah yang sama.

 

Dasar mempertingkatkan kualiti insfrastruktur  dan kurikulum dalam sistem pendidikan formal negara ini terus dijalankan. Dua buah Jawatankuasa ditubuhkan  iaitu Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di sekolah- sekolah (1982 ). Ini jelas dalam kenyataan Laporan Jawatankuasa Kabinet.

 

“ Mengkaji semula matlamat dan kesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk kurikulumnya, dengan tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang dan lebih-lenih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi  matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.

 

 

Strategi Perlaksanaan

 

Bagi mencapai matlamat dasar pendidikan beberapa strategi telah digubal. Antara lainya adalah seperti berikut:

 

a.            Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama;

 

b.            Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah;

 

c.            Mewujdkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;

 

d.            Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;

 

e.            Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh seimbang dan bersepadu;mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun;

 

f.             Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberikan perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dikawasan luar bandar atau pendalaman;

 

g.            Menyediakan pendidikan rendah mengikut  Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca ,menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada Kurikulum Baru sekolah Menengah  ( KBSM ) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini  adalah ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh;

 

h.       Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sek. Vokasional pada tahun 1978

 

Info

Powered by JoomlaGadgets

e-Aplikasi

Online

We have 14 guests and no members online

HitStats

Free counters!

 

Pelawat

254199
TodayToday473
YesterdayYesterday528
This_WeekThis_Week3393
This_MonthThis_Month12912
All_DaysAll_Days254199
?
UNKNOWN
top