Display # 
Title Created Date Author Hits
Guru Pembimbing dan Penyemak Dokumen PBPPP 2013 12 November 2013 Written by Administrator 252
Jadual Latihan Dalam Perkidmatan PBS Penambahbaikan 21 October 2013 Written by Administrator 248
Analisis Kehadiran Guru Dalam Latihan Dan Kursus Tahun 2013 12 October 2013 Written by Administrator 295
Kaedah Pelaksanaan Penilaian Tahap Kecemerlangan Urusan Kenaikan Pangkat Time Based Berasaskan Kecemerlangan 23 September 2013 Written by Administrator 1000
Kepimpinan Bertoksik 04 August 2013 Written by Administrator 268
Memartabatkan Guru Sebagai Satu Profesyen. 26 July 2013 Written by Administrator 207
5 Cara Untuk Memulakan Ucapan Yang Hebat 26 July 2013 Written by Administrator 291
Kaedah Pengesahan Dalam Perkhidmatan, Taraf berpencen dan Perlanjutan Tempoh Percubaan 25 July 2013 Written by Administrator 860
Kursus Pra Perkhidmatan/ GST/ GSTT 26 June 2013 Written by Administrator 373
LADAP Bilangan 3/2013 16 June 2013 Written by Administrator 346

Subcategories

  • Program Pembangunan Guru Baharu

    PENDAHULUAN

     

    Menurut Huling-Austin (1990), PPGB merupakan “planned programmes intended to provide some systematic and sustained assistance, specifically to beginning teachers for at least one school year ”. BPG mendefinisikan PPGB sebagai satu program pembelajaran melalui bimbingan yang berstruktur berasaskan sekolah untuk menyokong pembangunan profesionalisme GB bagi meningkatkan kualiti guru dalam profesion keguruan.

     

    PPGB  merupakan proses sosialisasi kepada profesion keguruan yang dapat membantu GB membuat penyesuaian antara ilmu dan kemahiran yang sedia ada dengan prosedur, sistem sekolah dan penguasaan pengajaran yang berkesan dan kemahiran pengurusan bilik darjah.

     

     

    RASIONAL

    Walaupun sistem latihan perguruan di Malaysia merupakan antara yang terbaik di dunia, namun satu program yang formal untuk membimbing GB yang baru ditempatkan di sekolah perlu dilaksanakan.  Ironinya, banyak hasil kajian menunjukkan tahun pertama merupakan tahun yang paling mencabar untuk GB (Humphrey et al., 2007; Norasmah et al., 2007; Russell, 2006).

    Masalah utama yang dihadapi oleh GB yang baru ditempatkan di sekolah adalah untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran bilik darjah sebenar.  Di samping itu, GB perlu dibimbing untuk melaksanakan tanggungjawab memenuhi keperluan kumpulan murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang (Bartell, 2005).

    Kursus praperkhidmatan yang dilalui oleh GB hanya merupakan asas untuk guru memahami konsep dalam P&P dan tidak dapat menyediakan mereka untuk menghadapi realiti sebenar dalam bilik darjah.  Di samping itu, seseorang guru harus terus meningkatkan pengetahuan masing-masing selaras dengan perkembangan dunia pendidikan semasa.  GB perlu dibimbing untuk mengaplikasi semua pengetahuan yang diperoleh ini secara berkesan kerana kualiti pengajaran guru merupakan faktor penyumbang utama kepada pembelajaran murid (Laura et al., 2006).

    Guru yang berkualiti akan menghasilkan murid yang berkualiti.  Guru sebagai pemangkin utama kecemerlangan murid perlu diberi pendedahan tentang pelbagai pendekatan dan program penambahbaikan secara langsung melalui program pembangunan.  Dengan cara ini, profesionalisme GB itu dapat ditingkatkan bermula daripada peringkat awal ketika guru tersebut ditempatkan di sekolah buat kali pertama. Kajian-kajian lepas menunjukkan peningkatan dalam profesionalisme guru berjaya memberi kesan yang positif dari segi peningkatan ilmu dan amalan guru di sekolah, seterusnya meningkatkan kualiti pembelajaran murid di sekolah (David et al., 2003).

    Hasil kajian menunjukkan bahawa guru yang melalui program pembangunan sepanjang tahun pertama mereka ditempatkan di sekolah, didapati menunjukkan kualiti pengajaran yang lebih tinggi dan seterusnya mampu meningkatkan kualiti pembelajaran murid (Humphrey et al., 2007).  Program pembangunan menggunakan pendekatan pementoran untuk membimbing GP telahpun diterapkan dalam profesion keguruan di negara-negara maju untuk meningkatkan kualiti GB.  Amalan ini seharusnya dilaksanakan untuk meningkatkan profesion keguruan di negara ini. Tambahan pula, pendidikan yang bersifat dinamik dan global memerlukan guru yang bersedia meningkatkan kualiti dan mutu pendidikan secara berterusan.

    Program pembangunan menggunakan pendekatan pementoran didapati mampu memberi kesan yang positif terhadap GB yang kurang berpengalaman.  GB yang telah didedahkan dengan program ini didapati dapat meningkatkan kualiti pembelajaran murid hasil peningkatan kemahiran dan kualiti pengajaran guru itu sendiri (Duke et al., 2006).  Di samping itu, program pembangunan juga dapat meningkatkan hubungan kolaboratif antara GB dengan semua pihak di sekolah.

    Kebanyakan GB mengalami kejutan transisi apabila ditempatkan di sekolah kerana mendapati latihan perguruan adalah berbeza sama sekali dengan situasi yang mereka lalui semasa mengikuti latihan perguruan dan latihan amali (Norasmah et al., 2007).  GB seringkali menghadapi masalah kerana suasana pengajaran dan pembelajaran, persekitaran sekolah serta latar belakang murid adalah unik dan kompleks dan tidak sama dengan pengalaman yang mereka lalui semasa mengikuti kursus perguruan.

    GB menghadapi masalah bukan sahaja dalam mengendalikan aktiviti dalam bilik darjah dengan berkesan malah turut merasa sukar untuk bertindak secara proaktif dalam aktiviti kokurikulum dan pentadbiran.  Konsep Pendidikan Guru Yang Bersepadu menyarankan satu program perkembangan guru yang berterusan harus bermula daripada latihan perguruan praperkhidmatan, program pembangunan sewaktu guru mula ditempatkan, dan seterusnya program perkembangan berterusan sehingga seseorang guru itu bersara (Mohammed Sani, 2002).

    Hasil kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) menunjukkan penurunan dalam pencapaian murid Malaysia berbanding negara lain seperti Hong Kong, Singapura dan Korea Selatan (Jabatan Perdana Menteri, 2009).  Pada masa yang sama, kajian ini turut mendapati kejayaan murid dipengaruhi secara langsung oleh kualiti guru yang mengajar mereka.  Keadaan ini mewujudkan satu keperluan untuk menawarkan satu program pembangunan yang komprehensif dan bersepadu untuk membimbing dan melatih GB secara berterusan.

    Justeru, BPG selaku peneraju utama dalam pembangunan pendidikan serta peningkatan profesionalisme keguruan bertanggungjawab untuk menyediakan satu program pembangunan yang berkesan.  Program ini bertujuan meningkatkan kualiti GB yang ditempatkan di sekolah bagi memastikan perluasan akses kepada pendidikan berkualiti untuk semua murid dapat direalisasikan. 

     

    OBJEKTIF PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

    Objektif PPGB ini adalah untuk:

                      i.        membantu GB menyesuaikan diri dengan budaya, persekitaran, dan komuniti sekolah;

                     ii.        menyediakan bimbingan yang berkesan untuk GB dalam melaksanakan amalan pengajaran sepanjang proses transisi mereka daripada ‛pelajar’ kepada ‛pengajar’;

                    iii.        meningkatkan pengetahuan tentang aspek penilaian dan pentaksiran di sekolah;

                   iv.        meningkatkan kualiti pengajaran GB dan pembelajaran murid;

                    v.        menyediakan bimbingan yang berkesan untuk GB melaksanakan aktiviti kokurikulum;

                   vi.        meningkatkan pengetahuan GB tentang aspek sosialisasi organisasi dan hal ehwal murid;

                  vii.        meningkatkan amalan profesionalisme, kompetensi diri dan efikasi kendiri GB; dan

                 viii.        membangunkan kerjasama secara kolaboratif antara GB dengan semua pihak (stakeholders).

Info

Powered by JoomlaGadgets

e-Aplikasi

Online

We have 15 guests and no members online

HitStats

Free counters!

 

Pelawat

253458
TodayToday260
YesterdayYesterday568
This_WeekThis_Week2652
This_MonthThis_Month12171
All_DaysAll_Days253458
UNITED STATES
US
top