Pelaksanaan Frog VLE


 

SAYA MENARIK PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU bahawa pelaksanaan Projek Rintis FROG VLE adalah melibatkan semua guru dan semu kelas pada keseluruhannya. Walupun sebelum ini pihak sekolah ada menyatakan cadangan untuk untuk melaksanakan projek rintis tersebut dalam kalangan murid PK dan RK sahaja, namun cadangan ini tidak dapat diteruskan kerana pihak sekolah diarahkan untuk membudayakan FROG VLE ini secara sepenuhnya.

Dengan kemudahan internet 4G dan disokong oleh 50 komputer generasi terkini, saya berpendapat guru-guru di sekolah ini tiada masalah untuk menggunakan VLE sebagai satu pendekatan pengajaran bertaraf milinium. Pelaksanaan FROG VLE sepatutnya bermula pada 2 Januari 2013, namun bagi memberi ruang kepada Pembudayaan PPBS dan ITHINK maka pelaksanaan FROG VLE telah dianjak dan hanaya akan bermula pada 1 Februari 2013. Berikut adalah garis panduan pelaksanaan FROG VLE;

1. Ketua Panitia boleh membentuk jawatankuasa untuk membangunkan modul FROG VLE mengikut tingkatan.

2. Satu latihan akan dimasukkan pada portal Frog VLE oleh setiap guru pada setiap minggu. Murid perlu dimaklumkan mengenai latihan terkini semasa guru mengajar di kelas. Murid diminta menjawab latihan secara on-line manakala guru pula juga hanya perlu memeriksa latihan murid secara online. 

3. Latihan yang perlu diberi adalah latihan yang berlainan dari latihan yang dberi semasa sesi semuka pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid digalkkan mencetak hasil pembelajaran agar memberi kesan yang lebih mendalam di samping memudahkan untuk membuat ulangkaji pelajaran.

4. Guru tingkatan atau guru mata pelajaran perlu mendapatkan maklumat mengenai tahap capaian internet murid masing-masing. Murid yang mempunyai akses internet perlu didorong untuk melibatkan diri dalam pembelajaran secara maya ini. Murid yang terlibat dengan aktif dalam FROG VLE akan diberi sijil penyertaan pada akhir tahun nanti.

5. Murid 3 Bestari, 3 Bijak dan 3 Pintar diberikan kemudahan menggunakan Makmal Komputer untuk melaksanakan FROG VLE yang diintergrasikan dengan Program ELITE (Extra Learning in Information and Technology Environment). Program ELITE akan menggunakan waktu seperti yang terkandung dalam Jadual Waktu Bilangan 1/2013. Guru-guru yang terlibat dalam kelas ELITE akan dimaklumkan mengenai jadual pelaksanaan program.

Untuk makluman semua guru, maklumat murid dalam pangkalan data FROG VLE bagi tingkatan 1,2,3 dan 5 telah siap dikemaskini. Hanya murid tingkatan 4 sahaja yang memerlukan sedikit masa untuk dikemaskini dan guru-guru akan dimaklumkan sekiranya maklumat murid tingkatan 4 telah siap dikemaskini.

  

Program Rintis iTHINK


Untuk mengekalkan daya saing di peringkat dunia, Malaysia perlu menerima perubahan dan menjadi sebuah negara ekonomi yang dipacu oleh inovasi. Untuk mencapai matlamat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) telah bersama-sama memperkenalkan projek i-THINK.

Projek ini membantu pihak sekolah dengan memupuk kemahiran berfikir, menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat, mahir dalam menyelesaikan masalah dan berupaya berfikir secara kreatif dan kritis di kalangan murid sekolah. i-THINK melahirkan inovator generasi depan Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran berfikir yang mampu menyesuaikan diri dan menangani cabaran global.

Sebanyak 10 buah sekolah telah dipilih untuk menjalankan projek rintis i-THINK di peringkat kebangsaan. Di negeri Johor, sekolah rintis program i-THINK ialah SM Convent, Muar. Pada tahun 2013, 1000 buah sekolah lagi dipilih untuk menjalankan program peluasan i-THINK.

SMK Kulai Besar telah terpilih untuk berada di dalam projek peluasan program i-THINK dan menjadi sekolah rintis i-THINK di daerah Kulaijaya mulai tahun 2013. SMK Kulai Besar mempunyai seorang Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK) dan 6 orang anggota pasukan pemandu.

Pemilihan SMK Kulai Besar adalah satu kepercayaan yang diberikan oleh PPD atas keyakinan bahawa SMK Kulai Besar mampu melaksanakan Projek Rintis ini dengan jayanya. Saya berharap LADAP yang telah diadakan pada 27 Disember yang lalu dapat membantu pemahaman guru-guru dalam melaksanakan i-THINK.

Pemilihan sekolah ini dalam melaksanakan Projek Rintis i-THINK adalah satu lagi pengiktirafan bahawa KB memang boleh. Sebelum ini SMK Kulai Besar telah dijadaikan Projek Rintis Frog VLE dan Sekolah Contoh PPBS.

Sebagai memberi sokongan dan kemudahan kepada guru-guru dalam melaksanknnya, saya telah meminta En Mohd Hafizi menyediakan TAB MENU khas berkaitan i-THINK. Blog saya ini juga telah saya muatnaik beberapa dokumen berkaitan i-THINK. (sila klik pada pautan KURIKULUM dan klik pada pauta i-THINK)

 

Info

Powered by JoomlaGadgets

e-Aplikasi

Online

We have 12 guests and no members online

HitStats

Free counters!

 

Pelawat

254466
TodayToday53
YesterdayYesterday687
This_WeekThis_Week3660
This_MonthThis_Month13179
All_DaysAll_Days254466
UNITED STATES
US
top