
UTAMA
|
e-Penyata Gaji |
SGM | e-SOLAT |
STATUS 5 SASTERA 5
Antara isunya ialah adakah semua guru menunjukkan semangat dan kompetensi yang sama apabila masuk ke kelas 5 SS 5 ? Aduan dan dapatan dari MBWA menunjukkan ada guru berwajah layu dan tidak bersemangat ketika mengajar atau menjadi guru ganti di kelas tersebut. Mengajar sambil duduk, tidak bercakap, tetapi arah murid salin, salin dan salin........apa sudah jadi. Pemerhatian juga mendapati, guru yang sama ( layu/ tak bersemangat) tadi apabila masuk ke kelas lain yang lebih baik berubah watak menjadi guru yang baik pengajarannya...bersemangat. Terdapat juga aduan bahawa ada guru yang secara tegas menolak dan menyatakan tidak boleh masuk sebagai guru ganti di kelas tersebut, berlaku fobia 5 SS 5! perkara ini amat membimbangkan kerana apakah kita bergelar guru kalau tidak mampu mengawal kelas seramai 26 sahaja...? apakah universiti atau maktab tidak mengajar guru berkenaan dalam menangani masalah dalam bilik darjah? atau adakah mungkin kerajaan tersalah untuk memilih seseorang sebagai guru.
Sekiranya semua guru yang mengajar 5 SS 5 sanggup untuk memberi baiah bahawa akan mengajar dengan semangat yang sama seperti mana mereka mengajar kelas-kelas lain yang lebih baik, dan sekiranya tiada lagi aduan mengenai guru tidak mahu menerima arahan masuk ke kelas sebagai guru ganti di kelas tersebut, maka saya dan pasukan pengurusan akan belapang dada terhadap cadangan dan saranan guru-guru agar kelas 5 SS 5 diwujudkan. Kelas tersebut akan ditempatkan di bengkel seni sementara menunggu kerja-kerja pembinaan kabin bilik darjah siap. Mohon maaf jika ada yang tersinggung tetapi selaku pentadbir saya berkewajipan membetukkan mana yang bengkuk supaya lurus dan mana yang patah supaya bersambung....
SELAMAT HARI GURU
PERLANJUTAN TEMPOH KONTRAK GURU INTERIM
| Saya mengucapkan tahniah kepada semua guru-guru atas kejayaan kita mencapai keputusan melebihi dari sasaran ETR sama ada dalam peperiksaan SPM mahupun PMR 2011. Semoga keputusan ini akan terus dapat ditingkatkan pada tahun 2012 ini. Penetapan ETR SPM akan dibincangkan pada minggu hadapan, namun sebagai garis panduan penetapan ETR SPM 2012 adalah berdasarkan pencapaian terbaik tiga tahun terakhir. Sekiranya pencapaian 2011 adalah yang terbaik, sila tambah 3% (minimum) untuk peratus kelulusan dan 0.03 mata (minimum) untuk GPS. Sila rujuk SU peperiksaan mengenai bilangan calon SPM 2012 agar dapat membuat perunjuran yang tepat bagi setiap perkepala. Saya juga mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan guru interim kerana tempoh perkhidmatan di SMKKB telah dilanjutkan sehingga 31 Disember. Saya berharap guru-guru interim mengambil kesempatan ini untuk menunjukkan bakat sebagai guru yang cemerlang. Laporan pengetua mengenai prestasi guru-guru interim adalah penting alam memastikan jaminan kerjaya dalam bidang pendidikan. |
MESYUARAT JAWATANKUASA SPSK 2012
| Mesyuarat Jawatankuasa Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti akan diadakan pada minggu hadapan Selasa 10 April 2012 (Masa 1.20 tgh - 2.50 ptg). Semua AJK dipersilakan hadir dan surat panggilan mesyuarat akan diedarkan oleh Pn. Hajah Zaini pada minggu ini. Rakan-rakan guru boleh menyemak senarai AJK seperti pada lampran. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut; 1. Perutusan pengerusi 2. Pengesahan minit mesyuarat lalu 3. Perkara berbangkit 4. Pembentangan strategi pelaksanaan SPSK (En. Azman bin Safii) 5. Maklumbalas dan laporan ketua AJK 6. Hal-hal lain |
| Senarai AJK SPSK | Bahan Taklimat |
PENEMPATAN MURID TINGKATAN 3H dan 3I KE SIDANG PETANG
| SUKACITA SAYA MAKLUMKAN bahawa pada ketika ini saya sedang mengikuti kursus NPQEL di IAB Induk. Sepanjang ketiadaaan saya, segala tugasan telah saya serahkan kepada penolong kanan, guru kanan dan berbarapa orang guru bagi memastikan segala urusan berjalan laancar dan tidak terjejas. Buat masa ini saya agak sebuk dengan program orientasi dan ini menyebabkan blog ini tidak dapat dikemaskini untuk beberapa hari. Namun demikian pada sabtu yang lalu saya berkesempatan balik ke kulai dan meluangkan masa di sekolah untuk berbincang dengan pengetua mengenai beberapa perkara. Antara perkara yang telah dipersetujui untuk dilaksanakan oleh pihak sekolah dalam tempoh terdekat adalah seperti berikut; 1. Pihak sekolah mengambil keputusan untuk menempatkan semula murid Tingkatan 3 Harapan dan 3 Ikhlas ke sidang petang. Keputusan ini diambil bagi mengimbangi murid dan kelas sidang pagi yang terlalu ramai. Penampatan murid ke sidang petang ini akan berkuat kuasa selepas cuti pertengahan penggal pertama. Sehubungan ini 3 orang guru sidang pagi akan digerakkan ke sidang petang. Bagi mata pelajaran teras yang kritikal bilangan guru yang terpaksa diduaalamkan berkemungkinan bertambah. Walau bagimanapun ini bergantung kepada keperluan guru sidang petang. 2. Kelas 1RK Bestari dan Bijak kekal berada di Makmal komputer 2, tetapi panel pemisah mudah laih akan dipasang untuk menjadikan kelas lebih kondusif. Kerja pemasangan panel berkemungkinan mengambil masa beberapa minggu. Sehubungan itu semua guru yang mengajar kelas 1 RK Bestari dan Bijak disarankan akur dengan ketetapan sekolah bahawa dua orang guru mesti berada di dalam kelas mengikut jadual waktu yang ditetapkan. Saya menerima laporan terapat guru yang menggunakan sistem giliran di mana hanya satu guru sahaja yang masuk kelas pada satu-satu masa. Perkara ini adalah tidak dibenarkan. 3. Terdapat rombakan kecil jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan Unit Penilaian dan Pentaksiran, Perubahan tersebut dapat saya nyatakan seperti berikut; 3.1 Setiausaha kurikulum : Pn. Ruzaini binti Parimin 3.2 Panitia Matematik Tambahan : Pn. Farah binti Rashid 3.3 Panitia Matematik : Pn. Yong Mee Choo 3.4 Penolong S/U Peperiksaan : Pn. Norziati binti Mat Salleh Tahniah kepada En Hilman yang telah diluluskan cuti belajar bergaji penuh tanpa biasiswa. |
PENETAPAN SASARAN SPM 2012
| SEMUA GKMP dan ketua panitia dipersilakan memuat turun sasaran ETR SPM 2012 yang dilampirkan pada pautan dalam blog ini. Data yang dikemukakan ini walaubangaimanapun adalah data awal dan akan dikemas kini sejurus selepas keputusan SPM diumumkan. Sebagai panduan kepada semua guru dasar yang digunakan dalam penetapan ETR SPM ialah; a) Mengambilkira pencapaian terbaik dalam tiga tahun b) Menjadikan TOV sebagai rujukan utama c) Sekiranya pencapaian SPM 2011 mencapai ETR, maka ETR 2012 akan ditingkatkan 3% d) Sekiranya GPS SPM 2011 mencapai ETR, maka ETR 2012 akan diturunkan 0.03 mata |ETR SPM 2012| |
PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM TRANFORMASI MINDA (PTM)
|
SEMUA guru baru yang belum mengikuti Kursus Induksi (dalam SSM) diminta membuat permohonan secara online bagi mengikuti PTM. Sukacita dimaklumkan bahawa berkuatkuasa 1 Januari 2012, Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (PTM). Perkara ini selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 tahun 2011, JPA.BK(S) 226/6/16(23). Sehubungan dengan itu, permohonan bagi mengikuti Program Transformasi Minda untuk semua guru dan anggota kumpulan sokongan, Negeri Johor boleh dibuat melalui Sistem Latihan & Kemajuan Staf (SiLKS), Negeri Johor yang boleh dilayari menerusi laman web Jabatan Pelajaran Johor bermula pada 1 Februari 2012. (pautan untuk Sistem Latihan & Kemajuan staf boleh dirujuk pada bahagian Aplikasi Online Laman Web JPN Johor atau klik di sini)
|
PENETAPAN SASARAN PMR 2012 DAN POST MORTEM PAT TG4 2011
| HASIL dari Post Mortem PMR 2011 dan Klinik Headcount yang telah dijalankan, maka pihak sekolah telah menetapkan sasaran PMR 2012 iaitu; Peratus Lulus 66.67% (270 orang lulus), GPS disasarkan 2.85 mata dan bilangan Perfect Score disasarkan kekal seperti tahun lalu iaitu 21 orang (5.19 peratus). Unjuran ini bagaimanapun dibuat berasaskan kepada bilangan murid pada 16 Januari 2012. Unjuran ini akan dikemaskini sejurus sahaja urusan pendaftaran murid untuk PMR selesai dilaksanakan. GKMP dan Ketua Panitia diminta menyediakan senarai murid mengikut gred yang telah diunjurkan seperti pada pautan yang dilampirkan. Senarai murid perlu disediakan dalam TIGA SALINAN, satu salinan untuk simpanan fail panitia, satu salinan untuk UPP dan satu salinan lagi untuk penolong kanan (rujukan sekolah dan JKKS). Semua KP juga diminta menyediakan Post Mortem untuk Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) tingkatan 4 tahun 2011. Post Mortrm PAT T4 akan dijalankan pada Khamis 8 Februari 2012. Manakala Klinik HC SPM pula akan dilaksanakan mulai Isnin, 30 Januari hingga Jumaat, 3 Februari 2012. Klinik HC SPM 2012 ini akan dijalankan dari pukul 11.00 pagi - 3.00 petang. Semua KP perlu membawa TOV dan unjuran masing-masing untuk diselarasakan semasa sesi klinik yang dijalankan. KP juga dinasihati hadir bersama atau berbincang terlebih dahulu dengan GKMP. |Unjuran PMR 2012|Contoh Format Post Mortem PAT TG4 2011| |
PEMBINAAN BANGUNAN PASANG SIAP KPM
| SUKACITA dimaklumkan KPM telah meluluskan permohonan sekolah untuk mendapatkan tambahan bilik darjah bagi menampung kekurangan bilik darjah pada waktu ini. Sebelum ini pihak sekolah telah memajukan permohonan untuk mendapatkan dua modul kabin daripada KPM. Menurut sumber dari unit pembangunan JPN dan kontraktor yang dilantik, tambahan bilik darjah yang telah dilulukan ini mempunyai konsep yang berbeza daripada modul kabin yang telah dibina pada tahun lalu. Empat unit bilik darjah yang diluluskan ini berkonsepkan bangunan kekal pasang siap. Ini bermakna ia adalah lebih besar, selesa dan merupakan bangunan kekal. Buat masa ini kontraktor yang dilantik telahpun hadir melawat tapak dan jika semua urusan berjalan lancar, kerja-kerja pembinaannya akan bermula pada minggu akhir Februari. Seperti yang dimaklumi bersama, mulai 1 Februari 2012 tingkatan 4 Sains 4 akan mula beroperasi. Penambahan kelas tingkatan 4 menyebabkan kelas terapung bertambah kepada 4 kelas. Oleh itu bagi menampung kekurangan bilik darjah ini, pihak sekolah mengambil ketetapan untuk menjadikan Makmal Komputer 2 sebagai kelas gabungan yang menempatkan Tingkatan 1 RK Bestari dan 1 RK Bijak. Bilik APD pula akan menempatkan murid Tingkatan 4 Sains 3. Saya berharap semua murid dan guru yang terlibat dalam kelas terapung dapat bersabar dalam melaksankan P&P. Semua guru yang mengajar Tingkatan 1 RK Bestari dan Bijak (Makmal Komputer 2), diminta melanggunakan pendekatan Lesson Study dan aplikasi ICT sepenuhnya dalam P&P. Satu taklimat khas akan dilaksanakan bagi memberi penerangan mengenai pelaksanaan Lesson Study kepada semua guru yang mengajar KRK Tingkatan 1. Jadual Waktu Bilangan 3/2012 juga telah siap dan akan akan diedarkan pada 31 Januari 2012. Jadual Waktu Bilangan 3 ini akan mula digunakan pada 1 Februari 2012. |Maklumat Asas JW Bil 3/2012|JW Kosong (Untuk KP)|Masa P&P (Pagi)| |
PEMANTAUAN KPM
| PADA 17 JANUARI yang lalu pihak sekolah telah dipantau oleh pegawai dari KPM iaitu En Shahrul Bahri bin Mohd Tauhid, Ketua Unit Menengah, SPS KPM. Fokus pemantauan adalah berkaitan pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baru 2010 & 2011. Turut serta dalam pemantauan ini ialah pegawai-pegawai dari JPN dan PPD Kulaijaya. Pada keseluruhannya beliau sangat berpuas hati terhadap pelaksanaan PPGB olah pihak sekolah yang beliau anggap telah berjaya melaksanakannya dengan semerlang. Beliau turut memuji dasar tandas terbuka yang diamalkan oleh pihak sekolah dan keadaan bilik mesyuarat yang menurutnya sangat berinformatif. | Dapatan Pemantauan| |
PEMBUKAAN KELAS 4 SAINS 4
| PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH telah memutuskan untuk menambah bilanagan kelas aliran sains kepada empat kelas iaitu dengan membuka kelas 4 Sains 4. Penambahan kelas ini menjadikan bilangan kelas tingkatan 4 kepada 11 kelas. Langkah ini diambil bagi memberi keselesaan kepada murid-murid aliran sains yang kini secara puratanya berjumlah 44 orang bagi setiap kelas. Kelas 4 Sains 4 akan ini akan mula beroperasi mulai pada 1 Februari 2012. Senarai nama murid telahpun disediakan oleh UBK dan semua guru tingkatan 4 Sains 1, Sains 2 dan Sains 3 (kelas sedia ada) diminta merujuk kepaa Tn. Hj Misran untuk membuat semakan senarai murid bagi setiap kelas berkenaan. Dari segi pakej, kelas tingkatan 4 Sains 1, 2 dan 3 adalah aliran sains tulin iaitu menawarkan elektif Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan. Manakala Kelas tingkatan 4 Sains 4 pula akan menawarkan pakej mata pelajaran Fizik, Kimia, Matematik Tambahan dan Prinsip Perakaunan. Jadual Waktu baru bilangan 3/2012 akan diedarkan kepada guru dan pelajar pada 30 Januari 2012 dan akan digunakan mulai 1 Februari 2012. Guru SPBT diharapka mengambil langkah perlu bagi memastikan bilangan buku teks mencukupi bagi memenuhi keperluan pelajar. |
PEMUPUKAN BUDAYA SEKOLAH - HARAPAN PENGETUA
| Pada penulisan ini yang saya tujukan kepada seluruh warga sekolah, adalah petikan sebahagian daripada ucapan pengetua yang disampaikan dalam ucapan sulung bagi sesi persekolahan 2012. Ucapan pengetua dalam perhimpunan sulung ini antara lain mengandungi harapan beliau terhadap warga SMKKB......bacaan lanjut |
SENARAI NAMA MURID TINGKATAN 5 2012
| Saya ingin memaklumkan bahawa terdapat kesilapan dalam senarai nama murid tingkatan 5 seperti yang dibacakan pada 4 Januari 2012. Terdapat juga kecenderungan murid untuk bertukar sesama sendiri bagi penempatan kelas 2012. Masalah ini timbul kerana pihak sekolah terpaksa mengecilkan bilangan kelas kerana bilangan murid seperti pada 2011 sudah tidak optimum lagi, di samping mengurangkan bilangan kelas terapung. Sehubungan itu semua guru tingkatan dan guru mata pelajaran sila akur dan memastikan senarai murid adalah seperti dalam lampiran yang telah diedarkan. Sila klik pada pautan di bawah. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang sabar menunggu untuk sama-sama hadir dalam Post Mortem PMR 2011. Pada keseluruhannya pencapaian 2011 adalah satu aras baru untuk rekod sekolah. Semoga segala usaha dan pengorbanan guru dapat terus dikekalkan untuk memastikan kecemerlangan berterusan dalam menghadapi cabaran PMR 2012. Semua bahan pembentangan akan dimuat naik dalam blog ini dalam tempoh terdekat. SUKACITA juga dimaklumkan Jadual Waktu Sesi Pagi Bilangan 2/2012 telah dimuatnaik dalam aplikasi online. Jadual Bil 2 akan digunakan bermula pada 16 Januari 2012. Borang Jadual Guru boleh dimuat turun pada pautan di bawah. Harap Maklum. Senarai nama murid tingkatan 5 | Borang JW Kosong | Agihan Masa PDP | Maklumat Asas JW Bil 2 2012 - Pagi |
PELAN TAKTIKAL DAN PELAN OPERASI 2012
| TAHNIAH DAN TERIMA KASIH kepada semua guru yang telah menyerahkan draf Pelan Taktikal dan Pelan Operasi 2012 (PTPO 12). Pada waktu ini Draf PTPO dalam proses kemaskini bagi tujuan penerbitan. Saya menerima banyak permohonan daripada rakan-rakan guru seluruh negara mengenai yang meminta Draf PTPO 2012 tersebut dimuatnaik dalam blog ini. Buat masa ini permintaan tersebut belum dapat dipenuhi. Draf PTPO 2012 akan hanya dimuat naik dalam blog ini hanya setelah Draf tersebut diterbitkan diperingkat sekolah. Kepada rakan-rakan guru yang memerlukan contoh draf PTPO dan PS bolehlah terlebih dahulu memuat turun Draf 2010 pada pautan Profesionalisme atau sila [Klik] |
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
| Setelah hampir satu setengah bulan percutian sekolah, kini suasana sekolah berubah dengan kembalinya murid untuk meneruskan misi seterusnya bagi sesi 2012. Halangan pertama telah berjaya dirempuh. Pencapaian PMR yang mencatat 63.33% kelulusan dengan GPS 2.96, kelihatannya biasa-biasa sahaja, tapi bagi warga KB ini adalah sejarah.....pencapaian terbaik yang pernah dilakarkan. Bilangan Perfect Score juga bertambah kepada 9 orang daripada 8 orang berbanding tahun lalu......bacaan lanjut |
BAHAN PENGURUSAN ITEM SUBJEKTIF
| BAHAN ini ditujukan khas kepada rakan-rakan yang memerlukan bahan bagi tujuan penganalisisan item khususnya bagi mata pelajaran sejarah. Sila gunakan MS Office 2007 dan lebih tinggi untuk membuka fail yang berkaitan. Sila hubungi saya jika bahan tidak dapat dioperasi mengikut sepatutnya. |
| | Bahan Analisis Item Sejarah| |
PENGUMUMAN KEPUTUSAN PMR 2011
| SEPERTI YANG SEDIA DIMAKLUMI, keputusan PMR 2011 akan diumumkan pada hari Khamis, 22 Disember 2011. Sehubungan itu seperti yang telah ditaklimatkan sebelum ini, semua Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran, guru tingkatan, guru mata pelajaran, Setiausaha peperiksaan serta guru-guru yang berkaitan diminta berada di sekolah seawal pukul 8.00 pagi. Saya berharap semua dokumen murid yang perlu diserahkan kepada murid semasa pengambilan keputusan telah dalam keadaan yang lengkap. Guru-guru tingkatan yang tidak dapat hadir disebabkan keuzuran atau kerana menjalankan tugas rasmi yang lain sila maklumkan kepada pihak sekolah untuk tujuan penggantian. Guru-guru yang tidak dapat hadir tersebut walaubagaimanapun dinasihati agar dapat mencari pengganti supaya tidak berlaku kecairan semasa proses penyaluran maklumat. Unit Bimbingan dan Kaunseling diminta untuk mengelolakan Majlis Khas Pengumuman Keputusan Peperiksaan disusuli dengan Majlis Penyerahan Keputusan PMR kepada murid-murid. Harap Maklum. |
KEPERLUAN GURU 2012
| MERUJUK KEPADA KEPUTUSAN MESYUARAT PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH PADA 15 DISEMBER 2011, berikut disenaraikan keperluan guru sesi pagi dan petang bagi tahun 2012, untuk rujukan dan persediaan guru-guru. |
SENARAI GURU GURU BERTUGAS SIDANG PAGI |
TAKLIMAT PELAKSANAAN SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)
| SUKACITA DIMAKLUMKAN semua guru diminta hadir dalam satu sesi taklimat khas mengenai tawaran SBPA dan Opsyen Persaraan Paksa 60 Tahun yang akan di adakan pada 27 Disember 2011, bertempat di Bilik Mesyuarat pada pukul 9.00 pagi. Saya berharap para guru dapat meluangkan masa kerana semua kakitangan awam hanya diberi masa sehingga 31 Disember 2011 untuk menandatangani dokumen berkaitan. Untuk makluman guru-guru tiada pindaan pada tarikh mesyuarat guru iaitu kekal pada 29 - 30 Disember 2011. Sila rujuk pada pautan dibawah untuk maklumat lanjut mengenai agenda Mesyuarat Guru Bagi Sesi Persekolahan 2012. JADUAL MESYUARAT |
PANDUAN TUGAS GURU SMK KULAI BESAR
| Rakan-rakan Guru boleh memuat turun Draf Panduan Tugas Guru untuk dijadikan bahan rujukan. Sila klik pada pautan-pautan berikut; |
| |Dokumen 1|Dokumen 2|Dokumen 3|Dokumen 4| |
PENYELIAAN FAIL PANITIA BILANGAN 3/2011 (Oktober-November)
PERTUKARAN GURU SESI PERSEKOLAHAN 2012
MESYUARAT PROFESIONALISME GURU SESI PERSEKOLAHAN 2012
UNJURAN ENROLMEN MURID DAN BILANGAN KELAS SESI PERSEKOLAHAN 2012
TINDAKAN SEMUA GURU SEBELUM CUTI AKHIR TAHUN PERSEKOLAHAN
| SUFI LIVE |
CATATAN SEBELUM INI